Tips yg bagus untuk u olls yg tgh berTTC n utk those yg baru lepas operation like me!
Ramai da blogger yg da share info ni.
info from: Blog Dr.Hamid Arshat.
1. Lepas bedah
penting untuk meningkatkan
immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit
endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang
hamil.
2. Ambil langkah
untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca
quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan
pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide
dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu,
sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan
berkhasiat, Jauhkan semua
makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries
dll.
Juga jahukan
makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kueh2, ice
krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol
atau kotak.
4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya,
nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis,
daun turi dan keledek merah.
5. Amalkan minum jus buatan
sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya
dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air
jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra
virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih
atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee
break) - jauhkan makanan bergula dan
karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis
dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe
susu.
8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam,
sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari
tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate
9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu
sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat
rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk
ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan
merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit
endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut.
*mari la same2 kte cube amalkan ye kawan2 semue!